Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2011

MuHaSaBaH Maal Hijrah...

Di awal tahun baru hijrah, Ku sujud menghambakan diri pada-Mu, Hati terus merintih mengenangkan dosa lalu, Kotornya diri dengan maksiat dan noda, Lemahnya jiwa berdepan dengan dunia, Lalainya diri dari mengingati-Nya, Astaghfirullahal 'adzim.... Banyaknya kekurangan diri, Ampuni hamba-Mu ini Ya Allah. Aku sedar, Jiwa yang tandus taqwa, Terdorong lakukan apa sahaja, Sanggup menentang arus kehendak Ilahi, Yang difikir hanyalah untuk kepuasan diri, Maka, pabila dosa telah larut, Gelaplah hati, kotorlah jiwa, murunglah diri, Itulah fitrah sang pendosa, Yang leka dari pencipta-Nya. Namun, bila iman hadir di jiwa, Mata hati mula bekerja, Baru kusedar, betapa diri jauh dari-Mu Tuhan, Asyik sibuk untuk dunia, Hinggakan solat sering kutunda, Al-Quran pun malas dibaca, Lidahku kotor dengan kata-kata dusta, Mata ini tak kujaga dari perkara dosa, Telinga ini mendengar apa yang tak sepatutnya, Kaki ini sering melangkah ke tempat lagha. Ya Allah, Jauh sekali diriku denga

PeNcUrI Si ImAn

Lelaki:Subhannallah,cantik...tebalkan iman di hatiku..hadirku biarlah menjadi penguat iman si gadis...           Jangan aq menjadi sebab iman nyer berkurang Wanita:Ya Allah ,peliharalah hatiku...jangan sampai aq mencuri imannyer tanpa ku sedari...ku mohon ya Allah,             kuatkanlah imanku dan iman nyer...            

MeNjAgA SoLaT....

Sesetengah ulama berkata bahawa terdapat dalam hadis, sesiapa yang menjaga solatnya maka Allah S.W.T akan mengurniakan lima keistimewaan. 1. Akan diangkatkan kesempitan hidup di dunia daripadanya. 2. Akan dihindarkan daripada azab kubur. 3. Dia akan menerima buku catatan amalnya melalui tangan kanan. 4. Akan melintasi titian sirat sepantas kilat . 5.Akan memasuki syurga tanpa hisab.

SiMpAnG TaQwA

Allah pelindung, Allah jua pemelihara, Biar susah tidak terbendung, kerana cinta-Nya ku gagahi jua. Tuntutlah ilmu walau ke Negeri China, Teruskan ia hingga ke hujung, SIMPANG TAQWA simpang redha-Nya, Iman, ilmu dan amal menjadi penghubung.

BiLa LeLaKi KeHiLaNgAn TuLaNg RuSuK NyEr...

WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini? LELAKI: Kamu!!! WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa? LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku. Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya... Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan. Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!". LELAKI sa