Skip to main content

MuSiBaH


Sejak akhir-akhir ini, banyak musibah berlaku kepada saya. Diri ini tidak habis-habis ditimpa musibah dan masalah yang cukup berat di dalam kehidupan.
Musibah, musibah, musibah. Inilah antara keluhan yang sering diungkapkan oleh manusia apabila ditimpa ujian. Mengapa umat islam sentiasa bersangka buruk kepada Allah SWT apabila ditimpa satu kesusahan atau musibah? Adakah ini satu penyeksaan atau ujian daripada Allah? Perkara sebegini pasti bermain di dalam fikiran kita termasuk diri ini sendiri.
Saat ditimpa musibah, hati sentiasa rasa resah gelisah, hidup menjadi tidak tenang tanpa panduan. Kekadang membuat sesuatu pekerjaan tidak menjadi. Fikiran sasau tidak tentu arah seperti berada di lautan dalam tanpa pertolongan. Apabila dirasakan terlalu berat, tidak mampu dipikul sehinggakan sampai satu tahap, kita merasakan hidup kita sudah tidak ada harapan lagi. Lalu kita terduduk, mengeluh kepada Allah, memohon agar dihilangkan dugaan, barulah kita ingat di mana Allah pada masa itu.
Allah berfirman:
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya."
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat 286)
Memang hidup ini tidak akan pernah sunyi daripada setiap dugaan dan ujian. Apa yang boleh saya katakan, sebagai umat Islam, seharusnya kita yakin sesungguhnya setiap cabaran dan ujian hidup itu adalah bukti kasih sayang Allah terhadap kita.
Sebenarnya kita tidak tahu bahawa Allah amat sayang kepada kita, sebab itu Allah datangkan kepada kita dengan pelbagai ujian dan musibah, kerana Allah tahu kita adalah hamba yang mampu mnghadapi ujianNya. Sebaliknya, Allah tidak akan menguji kita jika kita hamba yang tidak mampu.
Apabila kita ditimpa musibah, carilah Allah. Mengadu dan menangislah, kerana ia akan memberikan kelegaan pada jiwa. Allah berfirman,
"(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: ‘Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali’."
(Surah Al Baqarah 2: Ayat 156)

Popular posts from this blog

BuAt CErPen..huh..seriously pnt cari idea..

Keje cuti skolah biasalah b'gelar pelajar SMKA Segamat mesti penuh gitu.. tpi semuanyer dah siap kecuali keje2 tambahan asrama.. kene wat cerpen /sajak/puisi ciptaan sendiri(x leh copy n paste) x sangke dpt wat cerpen ni"Semekar Wardah".. sper nak bace..bce jer..hope dpt ambik pengajaran.. tpi panjang la..hihi 'Semekar Wardah' ‘Nur Wardah nama yang penuh bermakna, desis hatinya. Tiba-tiba dia tersedar dari lamunannya akibat mendengar namanya dipanggil. “Wardah, Wardah,Wardah” “Kenapa ni Nurul??” “Sebenarnya aku datang ni membawa satu hajat” “Hajat apa ni sampai tak menyempat nak tunggu esok.” “Hujung minggu ni ada Forum Perdana yang akan dihadiri student kos kita. Diorang minta ko jadi panel muslimat untuk forum tu.” “Kenapa mereka pilih aku? Sedangkan ramai lagi muslimat dari kos kita yang hebat-hebat.” “Aku tak tahu tapi mereka memang dah setuju nak ambil ko jadi panel muslimat. Nanti akhi Amir akan berjumpa dengan kau bagi meneran...

Alhamdulillah..Team Debat Bahasa Melayu

JOHAN: PERTANDINGAN DEBAT BAHASA MELAYU SEKOLAH MENENGAH 2015 NAMA PROGRAM:  PERTANDINGAN DEBAT BAHASA MELAYU SEKOLAH MENENGAH SEMPENA KARNIVAL AGROPRENUER MUDA TAHUN 2015 HARI, TARIKH:  JUMAAT, 23 JANUARI 2015 TEMPAT:  DATARAN SEGAMAT PENGLIBATAN:  LIMA ORANG PELAJAR PUTERI & DUA ORANG GURU BAHASA MELAYU 1. NURUL IZZATY BINTI YAZIF (5/4) 2. NURUL NAZIRAH BINTI ISMAIL (4/2) 3. NURUL AISYAH BINTI JAMAL ABD NASIR (4/2) 4. SITI NURAZURIN BINTI NGATHEMAN (5/1) 5. NILAM BAIDURI BINTI AZAMAN (4/2) ANJURAN:  KEMENTERIAN PERTANIAN & INDUSTRI ASAS TANI KREDIT GAMBAR:  UZH. NOR SHUHADAH BINTI ABD HALIM Doakan kami lebih berjaya untuk pertandingan bahas bawah Kementerian Pendidikan Malaysia

"RayEr LaH"

Hari nie mesti korang dah tau kan nazorah nak cerita psl ape... of courselah psl raye 2013,,tahun ni gambar raye kami x sedondon ..cer nengok nie tau tak sbb ape ???sbb nazorah ngan family x sempat nak ambik gambar time baju sedondon mser tu dah ngantuk blik raye so kiteorg pun tidur trus tanpe ambik gambar,, dlm gambar nie x ckp 2 org sbb satu kerja ,satu lagi dah xder,, cer teka mne nazorah??? yang pakai tdg pink y gegot tu.. x pelah asalkan ade memori y t'simpan,, sebenarnye...bjur raye kiteorg warne purple pink y ade bdk kecik tu jgn plk ingat tu adik nazorah sbb itu anak sedare nazorah  nme die An Nur Zahra (lahir mse 12/12/12) cantik jer tarikh lahir die,, k la sampai sini jer coretan psl raye ,,,