Skip to main content

RaMaDhAn bakal PERGI!!


Bulan Ramadhan yang penuh keberkatan telah ke penghujungnya. Kini Aidilfitri pula telah tiba. Aidilfitri disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan kerana itulah tanda bahawa perjuangan melawan hawa nafsu di bulan Ramadhan telah berjaya.
Tapi ini bukan bererti perjuangan tersebut berhenti setakat itu sahaja sebaliknya amalan-amalan baik yang dilakukan sepanjang bulan Ramadhan wajar diteruskan dan amalan yang haram adalah ditegah.
Namun dalam keghairahan dan kegembiraan menyambut hari raya yang mulia, umat Islam diingatkan agar jangan melampaui lunas-lunas dan batasan yang telah ditetapkan oleh Islam.
Ini kerana dibimbangi, hari raya yang dijadikan oleh Allah S.W.T sebagai anugerah kerana kejayaan hamba-Nya beribadah dan berjuang melawan hawa nafsu selama sebulan bertukar menjadi hari untuk menghimpunkan dosa-dosa yang tidak dapat dilakukan sepanjang bulan Ramadhan.
Islam telah memberikan beberapa garis panduan yang sewajarnya menjadi amalan umat Islam dalam menghadapi kemeriahan berhari raya. 
Ketika sedang gembira berhari raya, jangan dilupa pada golongan yang memerlukan. Amalan bersedekah merupakan cara terbaik sebagai tanda kesyukuran di atas segala nikmat dan rezeki yang dikurniakan oleh Allah.
Selain daripada itu, dalam kesibukan membuat persiapan menghadapi hari raya , perlu dielakkan campur aduk antara amalan-amalan yang baik dengan perkara yang ditegah.
Di antaranya pembaziran dalam penyediaan makanan dan minuman. Selain itu, percampuran di antara lelaki dan perempuan secara bebas di dalam sesuatu majlis perlu dielakkan daripada berlaku.
Perkara-perkara maksiat yang ditegah oleh syara' mestilah dijauhi dan janganlah melakukan perlanggaran batas-batas agama. Umat Islam juga perlulah menjaga adab sopan ketika ziarah menziarahi sanak saudara.
Di antaranya ialah dengan memilih waktu yang sesuai untuk berziarah. Apa yang diharapkan, hari raya bukan semata-mata hari untuk bergembira tetapi yang lebih penting dan utama ialah mendapat keredhaan dari Allah S.W.T.

Popular posts from this blog

Alhamdulillah..Team Debat Bahasa Melayu

JOHAN: PERTANDINGAN DEBAT BAHASA MELAYU SEKOLAH MENENGAH 2015 NAMA PROGRAM:  PERTANDINGAN DEBAT BAHASA MELAYU SEKOLAH MENENGAH SEMPENA KARNIVAL AGROPRENUER MUDA TAHUN 2015 HARI, TARIKH:  JUMAAT, 23 JANUARI 2015 TEMPAT:  DATARAN SEGAMAT PENGLIBATAN:  LIMA ORANG PELAJAR PUTERI & DUA ORANG GURU BAHASA MELAYU 1. NURUL IZZATY BINTI YAZIF (5/4) 2. NURUL NAZIRAH BINTI ISMAIL (4/2) 3. NURUL AISYAH BINTI JAMAL ABD NASIR (4/2) 4. SITI NURAZURIN BINTI NGATHEMAN (5/1) 5. NILAM BAIDURI BINTI AZAMAN (4/2) ANJURAN:  KEMENTERIAN PERTANIAN & INDUSTRI ASAS TANI KREDIT GAMBAR:  UZH. NOR SHUHADAH BINTI ABD HALIM Doakan kami lebih berjaya untuk pertandingan bahas bawah Kementerian Pendidikan Malaysia

Pasukan Debat Baru

BAHAS ALA PARLIMEN BAHASA MELAYU SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT 2015 NAMA PERTANDINGAN:  PERTANDINGAN BAHAS ALA PARLIMEN BAHASA  MELAYU SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT TAHUN 2015 HARI/TARIKH:  KHAMIS, 5 & 9 MAC 2015 TEMPAT:  SMK TENANG STESEN (PERINGKAT SUKU & SEPARUH AKHIR) & SMK GEMEREH (PERINGKAT AKHIR) PENCAPAIAN:  NAIB JOHAN PESERTA: 1. HAFIZ BIN ROSLI 2. NURUL NAZIRAH BINTI ISMAIL 3. NURUL AISYAH BINTI JAMAL ABD NASIR 4. NILAM BAIDURI BINTI AZAMAN 5. AFIQ DENIAL ARIF BIN SALLEHUDIN GURU PENGIRING:  UZH. NOR SHUHADA BINTI ABD HALIM, UZH. SALIZA BINTI SABRAN KREDIT GAMBAR:  UZH. NOR SHUHADA BINTI ABD HALIM, UZH. SALIZA BINTI SABRAN Alhamdulillah,setelah 5 tahun sekolah kite org x dapat pergi final akhirnya kami dapat bawa pasukan bahas ni ke peringkat akhir even dapat naib johan. Syukran ustazah sebab dah banyak ajar..Pengalaman memberi kita pelajaran..

Bestfriend Until Jannah !! InsyaAllah

Huh dah lama x update blog ni,,dah b'habuk blog ni... Hari ni nak cerita macam ape yang tertulis kat atas tu.. Mungkin kiteorg x serapat mane tpi ckp ukhwah kami kuat untuk bersahabat.. Ni gambar kiteorang................................. adani   eqa   nurashikin   anis , and yang tepi sekali tu Naz Ni kenangan yang kiteorang x dpt lupekan .. tpi dalam pade diorang berempat Naz ade bestfriend yang sangat rapat.. ni bestfriend yang naz paling sayang die ,,, yang pakai baju kelabu tu.. nama die  saidatul adani  Tu jer naz nak cerite hari ni,,