Skip to main content

BuAt CErPen..huh..seriously pnt cari idea..


Keje cuti skolah biasalah b'gelar pelajar SMKA Segamat mesti penuh gitu..
tpi semuanyer dah siap kecuali keje2 tambahan asrama..
kene wat cerpen /sajak/puisi ciptaan sendiri(x leh copy n paste)
x sangke dpt wat cerpen ni"Semekar Wardah"..
sper nak bace..bce jer..hope dpt ambik pengajaran..
tpi panjang la..hihi

'Semekar Wardah'

‘Nur Wardah nama yang penuh bermakna, desis hatinya. Tiba-tiba dia tersedar dari lamunannya akibat mendengar namanya dipanggil. “Wardah, Wardah,Wardah”
“Kenapa ni Nurul??” “Sebenarnya aku datang ni membawa satu hajat”
“Hajat apa ni sampai tak menyempat nak tunggu esok.”
“Hujung minggu ni ada Forum Perdana yang akan dihadiri student kos kita. Diorang minta ko jadi panel muslimat untuk forum tu.”
“Kenapa mereka pilih aku? Sedangkan ramai lagi muslimat dari kos kita yang hebat-hebat.”
“Aku tak tahu tapi mereka memang dah setuju nak ambil ko jadi panel muslimat. Nanti akhi Amir akan berjumpa dengan kau bagi menerangkan lagi pasal forum ni. Mungkin dia akan berjumpa dengan kau hari Isnin ni selepas kau habis kuliah pagi.”
“Baiklah,jumpa kau di kuliah esok.”
“Assalamualaikum”
“Waalaikumussalam”
Sejurus selepas itu dia melelapkan matanya di atas tilam yang empuk.

Setelah tamat  kuliah pagi, dia terus menunggu akhi Amir bertemankan Nurul.
“Assalamualaikum. Lama menunggu”
“Waalaikumussalam. Taklah, kami juga baru habis kuliah”
“Ni tajuk yang bakal dibincangkan pada hujung minggu ni. Harap enti dapat menyediakan bahan yang mencukupi agar nampak lebih sempurna forum itu.” Amir menyerahkan sehelai kertas kepada Wardah.
“InsyaAllah, ana akan cuba sedaya upaya.”
“Boleh ana tanya? Sapakah ahli–ahli panel yang lain?”
“Oh, panel muslimin akhi Muhammad dan akhi Naufal”
Semuanya hebat-hebat belaka,layakkah diri ini untuk berada di kalangan mereka.
“Baiklah ana minta izin untuk pulang. Assalamualaikum”
“Waalaikumussalam”
Wardah dan Nurul terus menuju ke asrama bagi merehatkan diri setelah 3 jam di dalam dewan kuliah.




Ahad yang mendebarkan, dia menyiapkan diri untuk ke Dewan Kuliah Utama itu bagi menyertai forum perdana bersama rakan serumahnya.
“Apa perasaan sekarang Wardah. Gementar, takut ke bangga??” Tanya Nadiah.
“Semua ada kecuali rasa bangga kerana aku tak rasa aku boleh menandingi ahli panel yang lain”
“Kau kan seorang yang petah berkata. Kau mesti lebih hebat dari yang lain.”
“Aku akan cuba.” Itu saja yang mampu diungkapkan.
Setibanya di dewan, mereka mengambil tempat duduk masing-masing.
Wardah ke bahagian belakang dewan bertemankan kawan-kawannya.
Selepas Wardah bergerak ke atas pentas, kawan-kawanya terus beredar sambil memberi kata-kata semangat kepadanya.
Dia duduk di tempat yang disediakan berjauhan dari ahli panel muslimin bagi mengelakkan fitnah dan menjaga ikhtilad.
Dia memandang ke arah tempat penonton yang kebanyakkan telahpun dipenuhi oleh mahasiswa dan mahasiswi.
Pengerusi majlis memperkenalkan satu-satu ahli panel. Tiba-tiba dia mendengar nama akhi Naufal. Namanya seperti pernah didengari.
Sesekali dia memandang panel muslimin yang sedang berkata. Dialah Naufal, teman sekelas dengannya sewaktu di sekolah menengah dan juga seorang ketua pengawas yang berdedikasi. Dia tidak menyangka yang dia satu universiti dengannya serta sama kos.
Tiba untuk saat dia berhujah.

Selesai sahaja forum itu dia terus mengucap rasa syukur tak terhingga kepada Allah.

Sedang dia mengelamun, wajah tampan lelaki tersebut menerjah dalam benaknya. ‘Astaghfirullah, kenapa aku perlu mengingati lelaki tu.’ Telefonnya berdering mendendangkan lagu C U D IPT. Melihat ke skrin telefon, mak .
“Assalamualaikum mak “
“Waalaikumusalam. Wardah tengah buat apa tu? Sibuk ke?” soal maknya.
“Tak lah sibuk sangat, tengah ulangkaji pelajaran. Dua minggu lagi ada imtihan. Mak sihat? Abah macam mana?”
“Alhamdulillah, kami sihat. Emm, sebenarnya mak dan abah ada hal penting nak bincang dengan Wardah. Wardah boleh balik kampung hujung minggu ni?”
“Hal apa yang penting tu mak sampai sanggup tempah anak mak ni awal-awal. Wardah tak de kerja hujung minggu ni. Insya-Allah boleh la balik ke rumah”
“Adelah tentang hal masa hadapan Wardah. Jumpe Wardah hujung minggu ni.”
“Yelah, semoga Allah mempertemukan Wardah dengan mak hujung minggu ni. Assalamualaikum”
“Waalaikummussalam”

Dia memikirkan apa yang mak dan abah hendak bincangkan tentang masa hadapannya. Tunggu sajalah hujung minggu ni. Dia kena cepat menempah tiket untuk balik ke kampong halaman rumahnya, jika tidak, mungkin habis kerana disitulah ramai orang berkunjung.

Suasana aman damai di kampung berbeza dengan di kolej kediamannya. Ramai kanak-kanak sedang bermain layang-layang. Tiba-tiba maknya menepuk bahu, ”Hah, teringat kat sapa la tu sampai termenung jauh.” maknya menyapa di ruang beranda rumah mereka.
“Mana ada, Wardah sedang melihat ciptaan Allah yang indah-indah belaka.”
“Hal apa yang mak nak beritahu hari tu?”, soal Wardah tanpa berlengah.

Haji Ismail dan Hajah Zainab berpandangan. Raut wajah mereka sedikit berubah. Bimbang hal yang bakal disampaikan akan mengganggu tumpuan Wardah untuk belajar. Walaupun sifatnya seperti keanak-anakkan, tetapi fikiran Wardah sematang usianya. Haji Ismail yakin pelajaran anaknya tidak akan terganggu, cuma maknya yang masih berat hati menceritakan hal tersebut.

Ada orang datang bertanya,” abah mula membuka cerita
“Datang bertanya? Tanya apa?” serius. Wardah tidak faham.
“Macam ni..” maknya mula menyusun kata.
Ada orang datang merisik Wardah.”
“Siapa?”
“Orang Daerah ni juga. Keluarga En. Arshad”
“En Arshad? Siapa tu?” soal Wardah ingin kepastian.
“Kawan lama abah kamu. Sama-sama bekerja di tempat abah kamu dulu,” terang mak. Wardah hanya mendiamkan diri.
“Mereka datang merisik untuk anak mereka, kalau tak silap, Aiman namanya,” abah mula bersuara. Wardah memandang wajah tenang abah sambil tangannya menggapai sampul surat yang abah hulurkan.
“Itu gambar orangnya. Wardah fikirlah masak-masak sebelum memberi jawapan. Apa sekalipun jawapan Wardah, abah dan ibu akan sokong,” tambah abah.
“Abah dan mak dah lihat orangnya? Pandangan abah dan mak bagaimana?” Sekali lagi mak dan abah berpandangan. Tetapi kali ini senyuman mereka meleret-leret dan tidak lekang dari bibir. Wardah bertambah binggung.


Dia terasa bingung. Dia teringat akan sampul surat yang berisi gambar milik lelaki tersebut. Matanya dibuka perlahan-lahan. Tiada cacat-cela daripada raut wajahnya. Semuanya kelihatan sempurna. Tiba-tiba.. Macam pernah tengok dia ni, tapi kat mana? Bila? Siapa ni? Muka ni macam pernah wujud dalam memori aku, tapi siapa??? Wardah makin tidak keruan. Insan itu seperti pernah dikenalinya satu masa dahulu.
Ya Allah, panel hari tu. Banyak persoalan yang keluar ketika ini. Adakah dia masih ingat tentang diri ini?? Adakah sewaktu forum itu dia telah mengetahui tentang ini??
Akhirnya, di malam yang hening dia mengambil air wuduk lalu menunaikan solat istikharah beserta solat sunat yang lain sebagai jalan penyelesaian yang terakhir. Kemudian dia berdoa bersungguh-sungguh agar diberi jawapan bagi semua persoalannya itu. Setelah selesai mendirikan qiamulail, dia terus baring dan melelapkan mata di atas katil kerana pagi itu dia perlu bangun awal untuk menunaikan solat subuh berjemaah bersama kawan sebiliknya.
Setelah menunaikan kewajiban sebagai seorang yang bergelar muslimah, dia memikirkan perasaan aneh yang lahir selepas bangun daripada tidurnya. Satu perasaan yang dialaminya menggambarkan jawapan terhadap semua persoalan yang akan diberikan kepada kedua-dua ibu bapanya selepas melakukan beberapa kali solat istikharah didalam qiamulail sepanjang minggu itu.
Pada hujung minggu study week, Wardah telah pulang ke kampung. Dia nekad kali ini agar waktu imtihan yang bakal menjelang beberapa hari lagi tidak mengganggu.
Dia keluar dari biliknya untuk bersarapan. Selepas sarapan bersama, dia menuang teh suam ke dalam cawan ibubapanya yang sedang menonton televisyen.
”Mak abah, Wardah rasa Wardah dah dapat jawapan untuk persoalan haritu” perbicaraan Wardah dimulai dengan sopan.
“Apa sahaja jawapan dari Wardah, mak dan abah akan menyokongnya.” jawab abahnya dengan muka yang tenang.
”Setelah Wardah meminta petunjuk dari Allah, dengan lafaz ‘Bismillah hir rahman nir rahim’ Wardah menerima lamaran tersebut. Tapi Wardah nak habiskan belajar dulu. Terpulang kepada pihak sana mahu tunggu atau pun tidak”.  Walaupun luarannya tegas, namun, hatinya hanya Tuhan yang tahu. ‘Harap-harap dia sanggup tunggu’, jenaka hati kecilnya.




Abah hanya mengangguk-anggukkan kepala. Mak hanya tersenyum di sebelah abah. Cincin lamaran telah disarungkan sendiri ke jari manisnya. Cantik. Cocok benar dengan warna kulitnya yang putih gebu. Hatinya sudah lega. Syukur Alhamdulillah, semuanya sudah selesai. Majlis pertunangan mereka akan dilangsungkan pertengahan tahun hadapan, betul-betul selepas dia menamatkan pengajian. Sengaja dipilih tarikh yang masih lambat itu kerana tidak mahu kelam kabut. Tambahan pula dia sedang sibuk kerana tahun ini  tahun akhirnya. Kebahagiaan sedang menanti di hadapan, semoga sempat digapai dan akan kekal dalam pelukannya sehingga akhir hayat, Aiman Naufal Bin Arshad. InsyaAllah…


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Alhamdulillah..Team Debat Bahasa Melayu

JOHAN: PERTANDINGAN DEBAT BAHASA MELAYU SEKOLAH MENENGAH 2015 NAMA PROGRAM:  PERTANDINGAN DEBAT BAHASA MELAYU SEKOLAH MENENGAH SEMPENA KARNIVAL AGROPRENUER MUDA TAHUN 2015 HARI, TARIKH:  JUMAAT, 23 JANUARI 2015 TEMPAT:  DATARAN SEGAMAT PENGLIBATAN:  LIMA ORANG PELAJAR PUTERI & DUA ORANG GURU BAHASA MELAYU 1. NURUL IZZATY BINTI YAZIF (5/4) 2. NURUL NAZIRAH BINTI ISMAIL (4/2) 3. NURUL AISYAH BINTI JAMAL ABD NASIR (4/2) 4. SITI NURAZURIN BINTI NGATHEMAN (5/1) 5. NILAM BAIDURI BINTI AZAMAN (4/2) ANJURAN:  KEMENTERIAN PERTANIAN & INDUSTRI ASAS TANI KREDIT GAMBAR:  UZH. NOR SHUHADAH BINTI ABD HALIM Doakan kami lebih berjaya untuk pertandingan bahas bawah Kementerian Pendidikan Malaysia

Pasukan Debat Baru

BAHAS ALA PARLIMEN BAHASA MELAYU SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT 2015 NAMA PERTANDINGAN:  PERTANDINGAN BAHAS ALA PARLIMEN BAHASA  MELAYU SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT TAHUN 2015 HARI/TARIKH:  KHAMIS, 5 & 9 MAC 2015 TEMPAT:  SMK TENANG STESEN (PERINGKAT SUKU & SEPARUH AKHIR) & SMK GEMEREH (PERINGKAT AKHIR) PENCAPAIAN:  NAIB JOHAN PESERTA: 1. HAFIZ BIN ROSLI 2. NURUL NAZIRAH BINTI ISMAIL 3. NURUL AISYAH BINTI JAMAL ABD NASIR 4. NILAM BAIDURI BINTI AZAMAN 5. AFIQ DENIAL ARIF BIN SALLEHUDIN GURU PENGIRING:  UZH. NOR SHUHADA BINTI ABD HALIM, UZH. SALIZA BINTI SABRAN KREDIT GAMBAR:  UZH. NOR SHUHADA BINTI ABD HALIM, UZH. SALIZA BINTI SABRAN Alhamdulillah,setelah 5 tahun sekolah kite org x dapat pergi final akhirnya kami dapat bawa pasukan bahas ni ke peringkat akhir even dapat naib johan. Syukran ustazah sebab dah banyak ajar..Pengalaman memberi kita pelajaran..

Bestfriend Until Jannah !! InsyaAllah

Huh dah lama x update blog ni,,dah b'habuk blog ni... Hari ni nak cerita macam ape yang tertulis kat atas tu.. Mungkin kiteorg x serapat mane tpi ckp ukhwah kami kuat untuk bersahabat.. Ni gambar kiteorang................................. adani   eqa   nurashikin   anis , and yang tepi sekali tu Naz Ni kenangan yang kiteorang x dpt lupekan .. tpi dalam pade diorang berempat Naz ade bestfriend yang sangat rapat.. ni bestfriend yang naz paling sayang die ,,, yang pakai baju kelabu tu.. nama die  saidatul adani  Tu jer naz nak cerite hari ni,,